Monday, September 1, 2014

Aku Tak Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum




Aku tak sempurna
maafkan aku
melukai hatimu
tanpa ku sendiri menyedari
tapi jangan pernah katakan
aku melupakanmu..

Maafkan aku bila
aku tak sempurna
tak akan hari ini mahupun esok
selamanya aku takkan sempurna
aku adalah hambaNYA..

Maafkan aku
aku tak ingin terus memaksa engkau
untuk memberi maaf kepadaku
kerana aku cukup sedar
siapa aku..

Maafkan aku bila
aku tak sempurna
aku tidak mahu kamu terus hanyut
dengan kepalsuan dunia..

Maafkan aku bila
aku tidak mampu menyempurnakan
seluruh hidupmu..

Maafkan aku bila
aku menyatakan
bahawa Allah itu amat
mencintaimu lebih dari diriku...

Andai hari ini aku terlalu gembira..sedarkanlah aku dengan amaran Allah..Andai ku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan ajaklah aku meleraikan segera..Andai pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah..Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa dan fatihah..

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimahNya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita denganNya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. What we need most.

Semoga ukhwah kita ukhwah fillah dan tiada penghujungnya..
I'm sorry..:'(


والسلام

Saturday, August 30, 2014

Degree life

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum




Semoga hati tetap dan terus istiqamah menjadi seorang student.
No more playing around.




والسلام

Sebuah cerita

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum




Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.



Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.



Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.



Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang."Pinjam phone awak, sayang.""Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.Si isteri terdiam.Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya."Maafkan saya." Dia bersuara.Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak."Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya."Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.



Lelaki itu sekadar tersenyum."Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"Diam."Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"Diam. Air mata mula mengalir."Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"Dan air mata itu mengalir deras.



"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."



"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."
Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."


credit to : brohilal



والسلام

Engkaukah jodohku?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum





“Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba tiada yang berhak aku pertikai atas segala takdirmu. UjianMu keatas ku terasa berat yaAllah. Aku tidak lupa bahawa Engkau tidak akan membebaniku jika ujian itu tidak mampu aku pikul. Ya Allah.. kuatkan hatiku ya Allah..” begitulah tangisan seorang insan di malam hari. Mengadu dan merintih kepada kekasih hatinya mampu untuk mengurangkan resah di qalbunya.


Lahirnya insan ini benar-benar menjadi pengubat kesunyian dua insan yang telah lama mendirikan rumah tangga. Ustaz Tarmizi dan Puan Radhiatul telah lama mendirikan rumah tangga tetapi mereka sentiasa di uji oleh Allah. Pasangan manakah yang tidak mahu kehadiran cahaya mata di dalam hidup? Mereka tetap sedar bahawa setiap ujian buat mereka adalah tanda sayangnya Allah pada mereka.


Di dalam dewan bedah, doktor sedang menyelamatkan kedua insan ini. Mereka berusaha sedaya mungkin kerana ibu kepada anak yang dikandung itu mengalami pendarahan yang amat teruk.


Pintu rumah diketuk, tetapi tiada yang menjawabnya. Rasa di dada seperti ada yang tidak kena. Ustaz Tarmizi teringat bahawa kunci pendua pintu rumahnya berada di dalam kereta. Berlari menuju keretanya dan mengambil kunci terus membuka pintu rumahnya. Menjerit memanggil isterinya. Berlari mencari di dapur, di bilik tetap tiada yang menjawab. “Ya Allah di manakah isteriku?”


Satu lagi tempat yang belum diperiksa “Tandas!”. Pintu tandas dikunci dari dalam tanda ada orang didalam tandas. “Radhia, ni abang sayang. Buka pintu ni..” ..


“Abang…sakit..” Puan Radhiatul cuba sedaya upaya untuk bangun selepas terjelepuk di dalam tandas. Dikuatkan hatinya selepas melihat banyak darah yang mengalir. “Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menerima segala takdirmu”


“Pak!” kunci bilik air dibuka. Ditolak pintu bilik air perlahan-lahan. Sayu hatinya melihat isteri yang sedang terbaring di atas lantai. Dikuatkan semangat mengangkat isterinya untuk dibawa ke hospital.


Ketika pakar bedah berusaha menyelamatkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Tarmizi menguatkan semangat untuk menerima segala takdir tuhan walaupun berat terasa bagai kehilangan nyawa sendiri.


Keluar doktor dari dewan bedah membawa sesuatu yang patut Tarmizi putuskan.


“Tuan, suami kepada puan Radhiatul?”


“Ye saya”


“ Tuan, isteri tuan kehilangan banyak darah. Dia perlu diselamatkan segera tapi??”


“Tapi apa doktor?” hatinya berdebar menerima ucapan yang bakal doctor itu pantulkan.


“Kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kami dapat selamatkan anak tuan”


Tersentap hatinya. Namun, dia tetap akan pasrah menerima segala ketentuan tuhanNya.


“Tuan jangan bimbang kami akan berusaha menyelamatkan anak tuan. Banyakkan berdoa dan berserah kepadaNya” doktor berlalu membawa beribu harapan seorang insan yang bernama suami sekaligus bakal bergelar bapa.


Dua puluh empat tahun yang berlalu. Cerita ini masih kuat tersemat di hatinya. Ustaz Tarmizi bersyukur pada Allah atas segala kurniaanNya. Allah tahu apa yang tidak manusia tahu.. kerana Allah maha mengetahui!


Ditakdirkan tuhan dua puluh empat tahun yang lalu. Isteri Tarmizi dapat diselamatkan dan Allah itu maha hebat. Keajaiban berlaku dalam sekelip mata. Selepas anak ustaz Tarmizi dilahirkan lima saat selepas itu. Tidak lagi wujud dengutan jantung. Sepi dari tangisan. Bayi itu terus diambil ustaz dan dipeluknya.



“Sayang, jangan tinggalkan abi dan umi”.. ditepuk belakang bayi dengan menyebut “Allahuakhbar” dengan tekad yang kuat bahawa Allah maha Besar.


Tangisan bayi menjadi saksi bahawa. Cinta Allah maha besar untuk hambaNya. Alhamdulillah , bayi itu Berjaya diselamatkan. Bayi itu menjadi tanda rahmat dari tuhan. Itulah dia insan yang bernama Muhammad al-hafiz. Insan istimewa yang sentiasa menjadi bualan sahabat-sahabat tentang sifat rendah dirinya, ilmunya, kepetahan dalam berpidato, seorang hebat dalam ibadat malamnya.


Hafiz tidak akan lupa akan pesanan abi dan uminya supaya mendahului Allah dalam semua perkara.


Kini usianya mencecah dua puluh empat tahun. Pengajiannya dalam bidang syariah baru sahaja dia tamatkan. Hafiz kini telah bergelar guru di tempat belajarnya dahulu.


“Hafiz, umi dan abi ada perkara yang nak bincangkan dengan fiz..” bicara yang umi keluarkan ketika makan malam bersama.


“Yela umi, lepas makan ni kita bincang ye. Takut pulak fiz. Macam perkara yang besar je..” sambil memasukkan ulam-ulam itu ke dalam mulut hafiz melemparkan kata-katanya..


“Haa.. abi.. fiz.. minum lah air yang umi buat ni..”ujar uminya.


“Hafiz , sebenarnya perkara yang abi nak bincangkan ni adalah berkaitan dengan masa depan fiz. Fiz.. fiz dan bersedia menjadi seorang suami?”


Soalan ini agak mengejutkan Hafiz namun dia telah menjangkakan bahawa soalan ini yang bakal abi dan umi lontarkan. Kerana ini sudah masuk kali ketiga umi dan abi bertanyakan soalan yang sama tapi jawapan yang diberikan kepada soalan yang ditanyakan tetap berbeza andai soalan yang lepas, jawapan kepada soalan yang abi lontarkan agak mengecewakan hati abi. Namun kali ini hafiz akan menyusun kata-kata dengan teliti supaya tidak melukakan dan tidak terlalu mengembirakan hati abi dan uminya.


“ Abi…Umi…sebenarnya hafiz belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kerana Fiz ingin menjaga umi dan abi. Namun, sampai bila fiz tidak akan bersedia?..Umi..Abi.. andai sememangnya Umi dan Abi ingin memberi Hafiz merasai tanggungjawab yang dipikul, Fiz bersedia….” Berhenti sebelum meneruskan lagi kata-katanya.


“ Fiz akan tetap menerima semua takdir yang Allah tentukan buat fiz. Kenapa abi?? Abi dah ada calon untuk fiz?” Hafiz meletakkan perkara ini kepada kedua orang tuanya kerana dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.


Perkara apa?.. “ Anta, Ana tahu adik ana mempunyai harapan yang sama dengan anta. Tapi mungkin dia bukan untuk anta..”


“Kenapa Nafis? Kenapa anta berkata begitu??”


“ Ana tahu perasaan adik ana kepada anta. Maafkan ana. Kerana lambat mengkhabarkan pada anta. Ana ingin menunggu pengakuan dari anta kerana ana tahu anta menyimpan perasaan pada adik ana. Ana ingin menunggu pengakuan dari anta. Tapi sudah lama ana menunggu dan tiada respon daripada anta. Ana membuat andaian bahawa anta tidak mahukan adik ana. Lantas, kami sekeluarga menerima pinangan seorang untuk solehah. Berat hatinya menerima kenyataan ini. Baru semalam kami menerima pinangan itu dan pada hari ini anta melafazkan apa yang terpendam di hati anta.. maafkan ana”


Peritnya menerima berita itu. Hati bagaikan tertusuk pisau. Sakitnya yang teramat. Tapi dia harus menerima takdir ini.


“Dia bukan jodohku..” hatinya berkata-kata


“Tak apalah Nafis. Ana terima segala takdirnya..” hatinya sakit.. tapi tetap redha..


Peristiwa inilah yang membuatkan Hafiz menyerahkan soal jodoh kepada kedua orang tuanya.


Dia tidak mahu merasakan apa yang pernah dirasakan. Dia serahkan semuanya pada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.


“Hafiz..cepatlah siap..kita nak pergi rumah dia dulu tapi hafiz kena duduk kat luar dulu tau..”pesan umi kepada hafiz


“Yela umi. Fiz tau..” berdebar juga nak jumpa bakal isteri ni.. getus hatinya.


Selesai sudah majlis pertunangan. Hasil perbincangan mereka sesama keluarga ingin mempercepatkan perkahwinan. Dua minggu dari sekarang. Kerana mereka telah banyak membuat persedian. Diikutkan hafiz tidak mahu membuat majlis pertunangan kerana mereka ingin mempercepatkan perkahwinan. Tapi uminya bersemangat untuk membuat majlis pertunangan. umi..umi.. semangatlah untuk anak kesayangan umi ini.


Seminggu sebelum melangsungkan perkahwinan. Hafiz mendapat mesej dari mardhiah. Mesej yang ringkas tetapi mendalam maksudnya.


Hafiz, seandainya jodoh mentakdirkan kita bersama. Kita tetap akan bersama. Namun, seandainya jodoh bukan milik kita. Serahkan semua pada Allah kerana Dia maha mengetahui segalanya. Kita hanya hamba. Dari Dia kita datang kepada Dia kita akan pulang.- mardhiah


Hatinya risau. Entah kenapa rasa apa yang dibuat hari ini serba tidak kena kerana memikirkan kata-kata yang mardhiah hantar semalam.


Deringan telefon rasa ingin cepat dicapai namun umi Berjaya mendahului


“Assalamualaikum..ya. mardhiah….? Ya allah… sabarlah menghadapi dugaaNya..” sebak di dada dirasakan terlalu berat. Perlahan-lahan gangang telefon diletakkan. Puan radhiatul menguatkan diri untuk melafazkan kata-kata. Kerana ini benar-benar bakal menyentapkan hati anak kesayangannya itu.



“Umi… siapa yang call tadi? Kenapa dengan Mardhiah umi?” soalan yang bertalu-talu tanpa jawapan.


“Fiz, sayang.. banyakkan sabar. Terima segala dugaanNya dengan redha ye sayang?.. Fiz.. Mardhiah sudah kembali menghadapNya..”


Hafiz terduduk. Terase sesak di dada. Kepalanya pusing. Dunianya gelap. Gelap gelita..


“Umi……dekat mana Hafiz ni?” dikuatkan hati menutur bicara..


“Fiz..ada dekat hospital.. Fiz pengsan semalam. Banyak sangat buat kerja tak sempat rehat..” ujar uminya.


“Umi.. betul ke?? Ataupun Fiz bermimpi?”


“Fiz kena terima kenyataan sayang. Sabar dan redha..”


“Fiz redha umi.. Fiz redha..” tanpa dia sedar air mata tertitis. Tertitis untuk cuba menguatkan diri menerima segala dugaan tuhan buat dirinya..


Lima bulan berlalu. Hafiz hanya focus kepada kerja, ibadat serta penawar hatinya umi dan abi. Dia hari ini telah menerima segala takdir tuhan buatnya..


“Ye..saya akan balik ke sekolah segera” bercakap tanpa melihat di hadapan , tanpa dia sedari dia akan terlanggar dengan seseorang..


Prakkkkk!


“Ya allah..maafkan saya cik.. saya tak sengaja..”


Cepat wanita itu mengutip barangnya tanpa menghiraukan kata-kata maaf hafiz itu


Sempat wanita itu memalingkan mukanya pada hafiz sambil tersenyum dan berlalu pergi dengan cepat.


“Aii..cepat betul dia.. eh. Ni kad dia dan coklat? “cudbury”?? Hurm.. nak cepat sangat.. barang da tertinggal..”


Menilik kad kepunyaan wanita itu sambil mencari alamat di mana tempat kerja wanita itu. “ Ainatul.. indah namanya…” aish2..macam-macam pulak aku fikir. Betulkan niat. Nak hantarkan barang dia je…. Dia pun cantik la.. secantik namanya. Dah jauh aku lari ni.. astagfirullah. “Cintanya pada agama yang penting!”..


Setibanya dia ditempat yang dicari. Dikuatkan kaki untuk melangkah menekan loceng.


“Cantiknya tempat ni…”getus hatinya


Ting….ting…


“Assalamualaikum.. cik ainatul ada?”


“Waalaikumussalam..sebentar..”


Terkejut melihat wanita berdiri di hadapannya mendukung seorang kanak-kanak yang comel dan membuat hatinya terkesima melihat wajah insan yang begitu berseri. Seperti nur iman yang menerangi..


“Puan?? Puan tertinggal ni..”sambil menghulurkan kad dan coklat itu..


“Ya Allah.. menyusahkan encik sahaja.. sila masuk..”diajak masuk ke rumah yang indah itu. Dalamnya terhias nama-nama Allah dan kalamNya..


“ Ni rumah penjagaan kanak-kanak. Dimana ibu bapa yang tidak mahukan anak mereka, kami disini sedia menjaga. Terdapat juga disini anak-anak yatim.. kami mendidik anak-anak ini supaya mendahului Allah dalam semua perkara” terang ainatul kepada insan yang tidak diketahui nama itu.


“0o..Puan ainatul bekerja kat sini dah lama??” Tanya Hafiz kepada Ainatul..


“Hehe.. saya belum berkahwin.. encik?”……“Hafiz” cepat Hafiz menjawab.


“Saya hanya sukarelawan. Saya bekerja sebagai guru…” terang Ainatul lagi “0oo. .saya pulang dulu cik Ainatul.. assalamualaikum”.. jantungnya berdegup kencang, dia harus cepat berlalu


“Sekiranya lapang datanglah kemari..Waalaikumussalam”



Di dalam kereta, fikirannya berputar mengingatkan peristiwa tadi. “Ainatul.. sungguh..sifatmu menyentuh qalbuku…”


“ Ya Allah… adakah dia jodohku? Sekiranya dia jodohku..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. jika dia bukan milikku.. tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu…”


Fikirannya jauh melayang. Hafiz kusyuk memikirkan masa lapangnya hendak kerumah penjangaan kanak-kanak itu…. “Ainatul………..”


credit : Permataku Selamanya



والسلام

Sepi sunyi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum




Jika suatu hari kamu merasa sendiri,
Merasa tidak ada yang peduli,
Ingatlah bahawa..

Allah selalu ada untukmu setiap masa.


والسلام